Buku ini bukanlah himpunan surat-surat cinta Rukmini (kini dikenali sebagai dewi Laksmi setelah dia berkahwin dengan Krisna yang ditukar namanya kepada Dewa Vishnu setelah dia ‘diangkat’ menjadi dewa). Tapi buku ini adalah himpunan surat-surat cinta tahap dewa yang tak pernah sampai kepada penerimanya.
Saya tidak tahu, setelah terbit buku Surat-surat Cinta Yang Tak Tersampaikan – berapa ramaikah di antara penulis-penulisnya sudah ketemu jodoh (setelah mereka belot dan menghadiahkan senaskhah buku tersebut kepada gadis/teruna idaman mereka). Kini terbit pula buku Surat-surat Cinta Yang Tak Tersampaikan Lagi. Dan, saya tidak mahu mengharapkan apa-apa janji dari mereka lagi. Lantak kamulah! Yang bercintanya – kamu. Bukannya – saya! *BAHAK*
Kata orang, tidak semua soalan sesuai dijawab. Tidak semua kejadian ada penjelasan. Kadang-kadang ia berlaku sebagai sekadar berlaku. Kata pepatah urban, shit happens. Kan? Rasa kecewa, bahagia, sedih, sengsara, sunyi...hanya sebahagian kecil dari banyak lagi perkataan yang boleh kita gambarkan, mungkin sebagai justifikasi terhadap kehidupan.
Dalam selang detik yang berlari seperti saat ini, yang kita namakan sebagai masa, kita akan terus memikul beban emosi yang tidak selalu menyenangkan. Ada kalanya kita tersepit antara dua jurang yang saling membunuh.
Naskhah ini, bukan sekadar memberi gambaran perasaan atau sekadar memaknai gelojak rasa. Ia memotret segala rasa, segala aksi dan segala tema yang mungkin pernah kita lalui sepanjang hidup. Ia menghidangkan kisah-kisah manusia yang sedang dan bakal berlaku dalam bentuk yang paling mengesankan. Ia mungkin juga bakal memperkosa minda matang kita meski, kata cinta-kesunyian-sengsara dan lagi dan lagi itu mungkin sering kita diucapkan sekadar mengisi makna. Tapi percayalah, buku akan memberi tambah nilai kepada kehidupan kalian!
Aku tak tahulah siapa lagi di daerah kami yang pernah belajar di MCKK pada waktu itu. Tetapi di Sungai Besar, hanya bapa aku seorang saja. Sebab itulah, orang kampung hormat betul dengan bapa aku. Betapa hebatnya penangan MCKK pada masa itu, sampaikan ramai perempuan yang beratur nak jadikan bapa aku suami diorang. Gila betul!
Malangnya aku tak macam bapa aku. Tak ada siapa nak jadikan aku pakwe diorang, apatah lagi suami. Bukannya sebab rupa paras aku jenis ‘pecah rumah’. Kalau tengok lama-lama kat cermin, sedap juga muka aku ni sebenarnya. Tetapi hanya diorang saja yang tahu mengapa diorang tak nak jadikan aku pakwe diorang.
“Selalu sangat aku dengar frasa ‘aku pergi ke barat, aku melihat Islam’. Bagi aku, orang yang cakap ni memang tak pernah faham betul-betul,Islam tu apa. Aku dulu macam tu juga. Tapi makin lama aku duduk sini, makin banyak perkara aku belajar daripada sejarah, budaya, dan perangai orang-orang sini. Kalau kau tengok daripada luaran, mesti kau akan terpedaya dan kau rasa kagum sangat. Bila kau bergaul, kau lihat setiap tingkah laku dan pemikiran, kau tengok cara diorang selesaikan masalah dan kau berfikir dua tiga kali, kau akan ubah fikiran kau. Kau rasa bila kau ikut cara hidup dan pemikiran mereka, kau betul-betul bebas? Ke terbabas?”
Punk seringkali dipandang negatif dan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan seperti sampah masyarakat, tidak berguna, tidak berakhlak dan sebagainya. Realitinya, wujud komuniti-komuniti punk lain yang melakukan bermacam-macam aktiviti dengan maksud untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Buku ini cuba untuk menampilkan sesuatu yang berbeza, iaitu tindakan politik dan aksi langsung yang telah dilakukan oleh komuniti punk seperti Rumah Api di Kuala Lumpur, Malaysia dan Komunitas Taring Babi di Jakarta, Indonesia. Buku ini juga menonjolkan nilai-nilai penentangan, pemberontakan dan kemandirian punk yang boleh dilihat melalui pelbagai prinsip seperti kerja bertukang sendiri (do-it-yourself).
Oleh yang demikian, buku ini berkeyakinan bahawa punk harus dilihat dalam lensa sub-budaya, ketidakakuran, penentangan dan transnasional bagi membolehkan mana-mana individu atau komuniti punk dapat difahami dengan lebih dekat sebagaimana Rumah Api dan Komunitas Taring Babi.
“Kenapa? Cepatlah datang sini. Kita cari di sini. Banyak besar-besar di kawasan ni…
“Tapi Ram, sekarang ni kau di bawah tandas orang…” Tuturku dengan nada datar.
Perlahan-lahan Ramsa mendongak ke atas dan kelihatan lubang tandas betul-betul berada di atas kepalanya. Saat itu, barulah dia nampak beberapa tompok najis yang sudah bercampur dengan lumpur di belakangnya.
...
Orang kata kalau tak nak rumah dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Tapi bagaimana jika pantai saja yang boleh menerima kami? Dan berumah di tepi pantai itu saja yang kami mampu?
Ini adalah cerita saya, Liu. Membesar di Kampung Karamunting Laut, jauh dari kemewahan hidup moden.
Ayuh selami bersama zaman kanak-kanak saya serta rakan-rakan, Eisah dan Ramsa. Belajar pasang surut dari sebuah sekolah bernama kehidupan.
Andai satu hari nanti, Ilmu itu jadi transaksi, Pasti mereka berpusu pusu, Berlari telanjang ke sekolah, Merangkak rangkak ke universiti, Hanya untuk garap sedikit kata tahu, Agar dapat mereka jadikan belanja harian, Ini hanyalah andaian, Jangan gusar, Duit masih lagi ruji dunia kita.
Aku Anak Punk berkisar perjalanan hidup vokalis kumpulan Hardcore Punk terkenal, Second Combat, Ein atau nama sebenarnya Khairuddin Aziz yang bermula daripada seorang remaja berjiwa rontak berubah menjadi 'manusia' hasil didikan genre muzik yang diminatinya. Atas rasa tanggungjawab memastikan generasi hari ini tidak terus hanyut dengan arus dunia, Ein telah mengabdikan diri menjadi aktivis sosial yang memberi bantuan kepada golongan tidak bernasib baik. Kisah suka duka dan halangan yang ditempuhi dibukukan sebagai inspirasi kepada pembaca agar dapat memilih haluan hidup yang betul dan lebih bermakna.