Prof. Syed Hussein Alatas menulis risalah ini untuk memberikan pandangan beliau terhadap beberapa pendapat yang terkandung dalam buku revolusi mental, sebuah buku parti UMNO yang telah diteritkan pada tahun 1971. Walaupun Revolusi Mental telah muncul lebih daripada empat puluh tahun yang lalu, tetapi pendapat-pendapat yang dikemukakan di dalamnya membayangkan keadaan pemikiran setengah-setengah golongan inteligensia Malaysia zaman sekarang terhadap persoalan kemunduran masyarakat Melayu.
Prof. Alatas bersetuju sebahagian daripada huraian Revolusi Mental, iaitu anjuran supaya masyarakat melayu mempunyai sifat-sifat yang baik dan yang membantunya memperbaiki masa depannya. Manakala ada beberapa pendapat dalam buku Revolusi Mental yang tidak dipersetujui Prof. Alatas. Beliau tidak menerima pendapat mereka mengenai sebab utama masyarakat melayu mundur. Beliau juga mengkritik sikap mereka terhadap islam. Selain daripada itu, bel;ia berpendapat penulis-penulis Revolisu Mental tidak merujuk kepada usha-usaha pemuka-pemuka Melayu yang sebelum Revolusi Mental telah membangkitkan soal kemunduran masyarakat Melayu.
Boleh jadi gelombang kosmik yang mengeluarkan bunyi.
Tak mustahil juga suara penghuni semesta selain bumi.
Atau sekadar kesan kemajuan teknologi menaik taraf kualiti komunikasi buat golongan yang sering sepi, rabun dalam visi, silau dalam misi, sesat dalam ruangan sendiri.
Tidak pun makhluk ghaib mula menunjukkan taring cuba menampakkan diri.
Tuhan sedang murka barangkali - isyarat kau bakal kembali ditelan tanah yang pernah kau ludahi.
Author : Nazri Kadir, Muhd Nur Iman Ramli & Syarafuddin Sulaiman
Publisher : PTS
Pages : 192
Price : RM15
Synopsis :
Siapa sebenarnya Trump?
Adakah dia segah namanya, ataupun itu cuma dakwaan kosong sahaja?
Benarkah Trump calon Illuminati? Ataupun dia sebenarnya caturan Russia?
Bagaimana Trump mampu menang, sedangkan Hillary Clinton yang disebut-sebut sebagai calon presiden ke-45?
Melalui kajian 3 penulis, kita membedah pelbagai tanggapan dan juga fakta di sekitar lelaki bernama Trump ini. Kita akan melihat sama ada Trump adalah seorang penyelamat, ataupun dia nanti akan menjahanamkan Amerika.