Buku ini mengumpul kronologi penting kehidupan Mokhtar sepanjang kariernya dalam sukan bola sepak sehingga saat pemergian abadinya pada 11 Julai 1991. Istimewanya, ia ditulis dengan memetik tulisan Mokhtar di beberapa penerbitan sekitar 1980-an, sebelum disusun, digabung jalin dan akhirnya menghasilkan pengkisahan terhadap banyak perkara yang selama ini tidak jelas diketahui umum serta peminat Mokhtar sendiri khususnya. Antara contoh, ramai beranggapan yang Mokhtar seumur hidupnya hanya pernah dilayangkan satu kad merah, sedangkan realitinya, dua pernah diterima wira bola sepak negara ini. Lebih menarik, kad merah keduanya diterima pada 1981, tahun sama kontroversi kad merah pertamanya yang membangkitkan kemarahan penyokongnya di seluruh negara. Ringkasnya, buku ini menghurai banyak kisah sebalik tabir, termasuk kesalan Mokhtar bersara daripada pasukan kebangsaan pada 1979, dan dilema besar pada 1985 apabila dipujuk untuk bermain memimpin Malaysia menetang musuh tradisi, Korea Selatan dalam perlawanan pusingan kedua Pra-Piala Dunia di Seoul. Pernah dijulang sebagai penyerang terbaik Asia 1976, Mokhtar tidak terkecuali daripada zaman getir dan terpinggir. Pendek kata, tidak mudah menjadi Mokhtar Dahari. Justeru kepada yang pernah mengenali Mokhtar, juga kepada yang mahu mengenali Mokhtar, buku ini sarat dengan suka duka serta bahagia deritanya. Benar banyak yang telah diketahui mengenainya, namun masih banyak juga yang tidak pernah diketahui mengenainya.
" Terima Kasih Si Babi Hutan... Tuhan Kini Aku Datang" adalah perjalanan surreal dan nyata Ismail Ariffin @ Lepat saat dia berada dalam amukan kegilaan merempuh dugaan bertimpa yang mengasak jalan takdir hidupnya sembilan belas tahun dahulu. Siri-siri hikayat "Al-Kisah Mereka Tak Kisah" ini telah dia tulis sejak dari tahun tahun berikutnya yang naskah asalnya telah beberapa kali hilang, dibakar orang, ditulis dan hilang lahi hingga yang tersisa hanyalah apa yang ada di fikirannya sahaja. Setelah mengambil keputusan yantuk men'sabatikal'kan dirinya ke sebuah pulau akhirnya naskah lengkap ini berjaya juga disiapkan.
Ia juga adalah medium asal tulis tangan sebelum adanya Facebook dan You Tube sebagai wadah bagi dia meluahkan amukan akal fikirnya serta menjelaskan pada umum (selain membuat sebuah album lagu yang tak pernah dirilis sepenuhnya) tentang apa yang telah terjadi padanya kerana dia sudah lelah dengan tohmahan serta ketidakpedulian mereka yang seharusnya membela nasibnya saat itu.
"Nak tau kesemua kena beli la buku ini, bukan berapa det pun, tak kena GST aihh, sapa tak beli rugii.. abihh ceritaa." kata dia saat diminta pendapat tetang "blurb" buku ini.
HARI INI KITA TERPUKUL OLEH DUA BALA NYATA DAN BAHAYA.
Pertama, wujud dan menyerbarkan jenis pikiran keutopiaan yang angkuh tidak membumi. Kedua berselerakan minda kelambakkan yang menjahanamkan segala kepiawaian dan asas pikiran yang munasabah. Terkadang ia bisa wujud sendiri, tetapi paling terparah bila kedua-duanya bergandingan sama, sehingga bolehlah kita menyebutnya utopia masyarakat lambak, sesuai dengan judul buku ini. Inilah gejala paling mudarat yang sedang kita hadapi. Kedua jenis atau sindrom ini bukanlah perkara baru. Dalam semua peradaban dan masyarakat, akan menemukan dua gejala-bala ini. Apabila kedua-duanya bertapak dan menyelinap di setiap sudut kehidupan kita, ia adalah malapetaka besar.