Friday, October 21, 2016

Asrama (Overview)

Ketika di asrama dulu kita sentiasa di momokkan dengan kisah-kisah seram oleh abang-abang senior kita. Ada kisah yang benar-benar berlaku dan ada kisah yang sengaja direka dan ditokok tambah bertujuan nak takutkan kita adik-adik junior ni. Antara yang kami ingat adalah kisah makcik jual karipap di tengah malam. Tetapi pernahkan anda mengalami pengalaman-pengalaman aneh seperti yang diceritakan abang-abang senior itu?

Buat mereka yang suka cerita seram dan misteri, buku ini sesuai buat anda. Perasaan seram itu akan lebih terasa kalau anda pernah tinggal di asrama dan mengalami pengalaman yang pelik. Tetapi buku ni nak kata 100% seram tak ada la juga, ada sesetengah bahagian memang dapat di rasakan tahap keseramannya dan ada sesetengah bahagian tahap keseraman tu hanya sesuai untuk menakutkan kanak-kanak sahaja.


Apa yang membuatkan kami terus melekat dengan buku ini adalah elemen saspen yang diterapkan oleh penulis sangat kuat. Elemen ini membuatkan naluri ingin tahu apa yang berlaku seterusnya membuak-buak dan secara tak langsung membuatkan kami terus membaca dari satu bab ke satu bab. Sedar-sedar saja dah habis. Cuma bila dah habis baca tu ada beberapa persoalan yang di biarkan tanpa jawapan. Mungkinkah bakal ada sambungan? Secara keseluruhan buku ini memang wajib ada di rak buku anda. Untuk maklumat lanjut mengenai Asrama sila ke sini.










No comments:

Post a Comment