Langit Petang mengisahkan tentang 3 watak yang sentiasa di bayangi kisah silam mereka di samping risaukan ketidakpastian masa hadapan mereka. Ianya kedengaran biasa saja bukan? Ini di tambah pula dengan plot penceritaannya yang bersifat anti klimaks yang membuatkannya sedikit bosan. Kami rasa ianya sengaja diolah sebegitu sesuai dengan perkembangan cerita yang sebegini. Tetapi kami tak kisah dengan semua itu, apa yang membuatkan karya ini luar biasa di mata kami adalah elemen falsafah kehidupan yang di suntik kedalamnya. Ianya membina gambaran yang tersendiri tentang alam dan manusia kepada kami setelah usai membacanya.
Satu lagi perkara yang buat kami suka tentang buku ini adalah gaya bahasa yang digunakan Pak Samad, ianya kedengaran sedikit pelik tetapi unik. Unik yang bagaimana? Yang itu anda kena jawab sendiri? Bagaimana nak menjawabnya? Beli, baca, fikir, hayati dan anda akan temui jawapan untuk menjawabnya. Untuk penerangan buku sila ke sini.
No comments:
Post a Comment