Ramai yang bertanya, dalam banyak-banyak buku yang ada kat atas muka bumi ni kenapa buku Membedah P. Ramlee menjadi pilihan pertama untuk di jual di blog kami ni. Jawapannya mudah!!! P. Ramlee merupakan seorang ikon yang menakjubkan untuk semua orang. Beliau menjadi sumber inspirasi terbesar buat pemuzik, pengarah filem dan para pengkarya di Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau turut menjadi idola masyarakat marhaen keseluruhannya. Pergilah ke pelusuk mana pun, dari yang kecil muda sehinggalah dewasa tua semuanya mengenali P. Ramlee hinggakan dialog di dalam filem-filem beliau turut menjadi siulan. Hebat bukan?
Kami juga turut di pengaruhi beliau. Dari kecil sehinggalah sekarang kami masih tak jemu di sogokkan dengan karya-karya beliau yang di ulang tayang beratus ribu kali. Filem-filem beliau memang dekat di hati kami kerana P. Ramlee cukup genius menyelitkan permasalahan kehidupan masyarakat di dalam karya beliau. Ada yang di sampaikan secara terus, ada yang di sampaikan secara tersirat dan beliau tidak memperbodohkan kami dengan babak yang kosong. Setiap satunya mempunyai mesej serta pengajaran. Bukan macam filem sekarang, sampah!!!
Buku ini bukanlah buku biografi mengenai P. Ramlee. Ia adalah pandangan peribadi si penulis tentang 15 buah filem garapan P. Ramlee ketika di Singapura, antaranya Semerah Padi dan Tiga Abdul. Penulis tidak membicarakan tentang aspek-aspek teknikal seperti suntingan tetapi lebih menumpukan kepada membedah kotak pemikiran P. Ramlee untuk cuba memahami apa yang cuba di sampaikan beliau melalui setiap babak di dalam filem yang terpilih. Buku ni kami rasa memang patut di baca oleh semua, baca dan bandingkan pemahaman sang penulis dengan kita. Sama atau tidak?
Anda boleh dapatkan buku ini dengan kami pada harga RM25, ianya mempunyai 207 muka surat. Harga buku tidak termasuk kos penghantaran. Kami juga turut menjual buku-buku lain. Kalau buku yang anda cari tidak ada dalam blog kami, itu bukan bermaksud kami tidak menjualnya. Jangan membuang masa lagi, untuk pertanyaan hubungi kami segera!!!
No comments:
Post a Comment